SKINCARE TIPS | SKINCARE ROUTINE UNTUK KULIT MUKA BERJERAWAT
A little bit of introduction, saya ada masalah kulit muka berjerawat dah setahun lebih. Sejak masuk universiti. Waktu tu saya constantly guna pencuci muka yang lama sebab waktu sekolah menengah produk tu berkesan. Seminggu lebih dah hilang jerawat and tak ada bekas jerawat.
But then, saya rasa kulit muka saya macam dah immune dengan chemical yang ada dalam tu. Hahaha... jadi saya try cari produk lain. And alhamdulillah berkesan dalam sebulan lebih memang nampak dah berkurang, dan jerawat pun tak ada. Kalau tumbuh pun nanti dia hilang after 2-3 hari. Bekas jerawat yang ada kat muka pun dah start hilang sikit-sikit. Not fully recovered tapi better. Muka tak merah-merah dah.
Saya terus direct ceritakan apa rutin harian penjagaan muka saya.
PAGI-PAGI SELEPAS SOLAT SUBUH:
1. Saya cuci muka dengan bersih guna pencuci muka OXY ACNE WASH.
2. Lap muka guna tuala bersih sampai kering.
3. Guna toner; COSMODERM CLARIFYING TONING LOTION.
4. Sapu OXY 5 dekat tempat jerawat (kalau dah beberapa hari nampak kulit mengelupas-kurangkan penggunaan oxy ni; sapu sikit-sikit)
5. Pakai sunblock (saya pakai sekali ni je, sebab duduk rumah. kalau keluar rumah, setiap kali waktu solat pakai sunblock lagi)
Nota: OXY 5 ni awal-awal saya pakai sekali je sehari which is waktu malam, sebab nak tengok sesuai ke tak dengan kulit saya - lepas tu baru saya berani buat dua kali sehari)
WAKTU MALAM SELEPAS SOLAT ISYAK:
1. Cuci muka dengan bersih guna pencuci muka OXY ACNE WASH (saya buat sama ada waktu ambil wudhuk atau waktu dah nak tidur)
2. Lap muka guna tuala bersih sampai kering.
3. Guna toner; COSMODERM CLARIFYING TONING LOTION.
4. Sapu OXY 5 dekat tempat jerawat (kalau dah beberapa hari nampak kulit mengelupas-kurangkan penggunaan oxy ni; sapu sikit-sikit)
Saya fokus 4 step ni je. Moisturizer tak berapa nak pakai. Sebab waktu saya start guna rutin ni, kulit saya jadi kering so saya ingatkan sebab tak pakai moisturizer tapi rupanya sebab guna banyak sangat oxy. Lepas saya kurangkan kuantiti dia, okay balik mukanya, tak kering.
Antara kesan awal lepas amalkan rutin ni:
1. Ada je beberapa jerawat tumbuh. Tapi saya tetap tabah dan cuba konsisten amalkan.
2. Kulit kering tapi ni sebab terletak banyak sangat oxy.
3. So far berkurang jerawat after almost sebulan amalkan.
4. Bekas jerawat pun dah start hilang jugak.
So, saya cuba kongsikan pengalaman saya. Belum tentu sesuai untuk semua orang. Tapi total 4 produk ni dalam RM 50.00 something.
Saya doakan semua orang yang mengalami masalah jerawat ni diberikan kesembuhan. Apa-apa pun jangan give-up cari ubat dia. Tapi at the end of the day kalau tak berhasil. Tengok balik niat kita nak muka cantik bersih sebab apa. Okay have a good day.
Comments
Post a Comment